16.06.2008
Hari ini ada berita yang menyedihkan berlaku dalam hidup aku. Aku mendapat tahu melalui SMS dari adik Najemi mengatakan yang pakcik aku: Abdul Rahman bin Salleh (adik ayah) telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua. Keuzuran beliau telah aku catatkan dalam post terdahulu (Drama Airmata 2007) tetapi kematiannya adalah berpunca dari sakit tua. Aku tidak merasa ralat sangat kerana aku telah berjumpa dan memohon maaf daripada beliau setiap kali aku pulang ke kampung dan yang terakhir sekali aku ke rumahnya kerana anaknya Tarmizi mengadakan kenduri arwah. Paling menggembirakan aku adalah ayahku telah berbaik semula dengan pakcik walaupun telah bermusuhan (tidak bertegursapa) lebih dari 30 tahun. Itu semua berkat usaha adikku Ismail.
No comments:
Post a Comment