Drama Airmata di tahun 2007
Hari ini 11.1.2007, aku menziarahi pakcik Rahman sementelah aku balik kampung selama 2 hari ni.
Sebelum itu pada malam 10hb. aku sembang panjang dgn mak dan ayahku bercerita tentang pengalaman pahit di masa lampau. Kali ini kepulangan ku mengukir sejarah setelah ku mendapat tahu krisis antara ayahku dan pakcikku yang berlanjutan lebih daripada 30 tahun (sepertimana yang telah ku ceritakan dalam blog terdahulu) berakhir sudah pada Hari Raya Aidil Fitri atas dayausaha adikku Ismail yang menjadi pendamai antara mereka. Pada Hari Raya Puasa 2006, adikku berkunjung ke rumahnya setelah mengetahui beliau keuzuran setelah tidak nampak beliau sembahyang sunat Hari Raya Puasa pada paginya. Aku tidak berpeluang menziarahinya kerana aku harus kembali ke Masjid Tanah Melaka pada petang itu juga. Adikku yang belajar serba sedikit tentang pengubatan alternatif merasai ada sesuatu kelainan di rumah Pakcikku lantas memberitahunya supaya mengusahakan sesuatu sebelum menjadi serius. Pada ketika itu, Pakcikku sudah lumpuh dan kurus kering seperti mayat dan tidak bermaya. Sekembalinya adikku ke rumah, sanak saudara pakcikku telah membawanya pergi berubat merata-rata tetapi tidak juga pulih. Dengan takdir tuhan, sepupuku dan makcikku datang ke rumah merayu ayahku supaya mengubati pakcikku itu. Al-hamdulillah, dengan takdir Allah s.w.t, ayahku lembut hati untuk mengubatinya. Kini sudah 6 kali ayahku mengubatinya dan kini pakcikku telah boleh berjalan dan dalam peringkat pemulihan sedikit demi sedikit. Hebat sungguh kuasa Allah s.w.t…..inilah yang dikatakan….carik-carik bulu ayam…akhirnya bercantum juga. Aku menitiskan airmata pabila mendengarkan berita gembira ini.
Ada satu ayat power yang begitu menyentuh hati ayahku dan membuatkan airmatanya jatuh menitik ialah tatkala memikul tikar bantal berpindah ke Pondok Tanjung. Ada orang kampung yang bernama Pak Uda bertanya kami nak pindah kemana.Lantas ayahku menjawab,dia bercadang nak tinggalkan tulangnya di Pondok Tanjung.
Kepulanganku juga dapat merungkai beberapa persoalan yang timbul dalam benakku dan blog blog terdahulu kenapa ayahku membuat keputusan utk pindah ke Pondok Tanjung dan selepas itu menjualkan tanah tersebut?Rupa-rupanya tinggal di tanah kebun getah di rimba itu bukan sahaja kami harus berdepan dengan binatang buas tetapi juga harus berdepan dengan komunis. Rimba itu bersambung dengan hutan di Jenalik, Lenggong dan hutan Belum, Grik. Gua-gua batu di sekitar rimba itu menjadi tempat berlindungnya pengganas komunis! Patutla kami selalu menjumpai but-but,kulit bom tangan dan peluru-peluru senapang dalam gua-gua batu yang kami jelajahi.Kadang-kadang pada waktu malam sayup-sayup kedengaran bunyi tembakan senapang.Aku dan adikku selalu bermain-main dengan anak-anak air dalam gua itu,menangkap udang-udang.Alangkah seronoknya ketika itu.
Terhimbau kembali kenangan membanting padi bersama adik dan ayahku pada waktu malam kerana udara yang sejuk dan nyaman tatkala bayu malam bertiup mengeringkan keringat lebih2 lagi pada waktu dinihari.Selama sebulan selepas waktu Isyak kami akan turun ke sawah padi sampaila ke pukul 2 atau 3 pagi bertemankan lampu gasolin dan radio transistor tapi itupun sudah cukup meriah bagi kami. Suasana bagaikan berpesta apabila kami membakar jerami-jerami padi sambil mendengar lagu dikir barat (waktu itu ada pertandingan dendang rakyat).Dalam pukul 12 tghmalam kami berehat sebentar menikmati kopi o panas dan ubi gadong cicah gula+kelapa parut. Mungkin ramai yang kurang mengenali ubi gadong ini, tetapi inilah makanan kami menggantikan nasi sekiranya beras habis!Ubi gadong ini ada 2 jenis1)gadong pulut berwarna kuning dan paling lembut 2)gadong jawi.Gadong ini tersangatla beracun jika dimakan mentahboleh membawa maut.Ayahku bagitau,getah gadong adalah ramuan utk buat damak beracun oleh orang-orang Asli selain daripada getah pokok Ipoh. Pokok gadong ini berduri dari ubinya sampaila ke pucuknya.Ia menjalar seperti pokok labu,ubinya perlu digali.Selepas itu,kulit arinya dikupas,ubinya dihiris nipis-nipis,awas getahnya berwarna putih sangat beracun boleh membutakan mata kalau terkena mata.Selepas itu ubi yang telah dihiris dimasukkan ke dalam raga dan direndamkan ke dalam sungai selama 3-4 hari untuk membuang petahnya.Setiap hari hirisan ubi ini perlu dibalik-balikkan.Setelah pasti tiada lagi getah keluar, raga ini diangkat dan ubinya dijemur sehingga betul-betul kering.Lepas itu ubi ini bolehlah disimpan bekas kedap udara, boleh tahan sampai 4-5 tahun. Ubi gadong inilah yang kami makan bertahun-tahun sekiranya bekalan beras dan makanan lain tiada.

No comments:
Post a Comment